Saturday, 3 November 2018

Rukun Berburu

1. Pemburu (orang yang berburu).
Pemburu hendaklah orang Islam atau ahli Kitab.

2. Haiwan yang diburu.
2.1. Haiwan yang halal dimakan.
2.2. Haiwan itu liar sehingga tidak boleh disembelih pada lehernya.

3. Alat berburu.
3.1. Senjata atau benda tajam yang bukandari tulang, tanduk, kuku dan gigi.
3.2. Binatang pemburu seperti anjng, burung helang dan seumpamanya hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:
3.2.1. Terlatih. Binatang itu bertindak mengikut arahan tuannya, iaitu memburu apabila disuruh dan berhenti apabila disuruh berhenti.

4. Memburu
4.1. Mengucapkan Bismillah ketika melepaskan binatang pemburuan atau ketika mempergunakan alat berburu. 
4.2. Sekiranya haiwan buruan itu tertangkap dalam keadaan masih hidup, maka hendaklah disembelih.
4.3. Bekas gigitan pada haiwan buruan yang ditangkap dengan binatang pemburu mestilah dibersihkan dan disucikan. 

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maaidah, ayat 4:
Maksudnya: Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatih (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajar Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu).